We have been featured in Metro Ahad 13/06/2010


Hamil bergaya

2010/06/13

GAUN panjang polos diperindahkan dengan aksesori tambahan seperti rantai, tali pinggang dan sarung lengan mampu menyerlahkan keayuan si pemakai.
Bagi peniaga Maxi Dress Lover kesukaran mencari pakaian mengandung dengan fesyen ‘up to date’ membuatkan dia tekad membuka perniagaan on-line yang boleh dipakai golongan ibu mengandung dan wanita biasa.

Perniagaan hampir setahun itu tidak sia-sia apabila menerima sambutan menggalakkan daripada kedua-dua golongan itu.

Fesyen berkenaan juga seakan-akan menjadi kegilaan remaja mahupun golongan berkerjaya yang mahukan kelainan dalam berpakaian.

Selain selesa kerana kebanyakan baju yang dijual lebih labuh dan longgar, harga ditawarkan turut tidak membebankan.
“Melihat sambutan menggalakkan daripada pelanggan membuatkan saya tekad mempelbagaikan lagi produk pakaian wanita yang lebih bermutu.

“Kain dihasilkan pula daripada polister berkualiti tinggi yang sejuk. Bagi yang malas menggosok tidak perlu risau kerana pakaian tidak akan berkedut dan sesuai bagi mereka yang kesuntukan masa,” katanya.

Selain gaun panjang, turut dijual gaun pendek, kardigan dan barangan keperluan wanita lain. Bagi yang berminat memiliki koleksi pakaian ini sila layari laman web aefyzndstuff.blogspot.com dan www.e-wanita.com.